Penyakit endokrin Senarai_penyakit_anjing

Yang ditunjukkan di sini ialah kelenjar pituitari: (akromegali, satu bentuk penyakit Cushing, satu bentuk diabetes insipidus, penyakit Addison atipikal), ovari untuk betina: (kencing manis sekunder, kencing manis sementara), kelenjar ginjal: (satu bentuk penyakit Cushing, penyakit Addision tipikal), kelenjar tiroid: (hipotiroidisme), dan pankreas: (diabetes melitus).
  • Kencing manis pada anjing ialah jenis 1, atau kencing manis bergantung pada insulin: kekurangan pengeluaran insulin kerana pemusnahan sel beta pankreas.[89][90][91] Penyelidikan kini menyatakan tiada bukti kencing manis jenis 2 pada anjing.[92] Antara sebab kencing manis pada anjing ialah penyakit autoimun atau radang pankreas parah.[93] Bentuk kencing manis yang mungkin tidak kekal, bergantung pada jumlah kerosakan sel beta pankreas endokrin,[94] ialah kencing manis sementara dan sekunder. Sesetengah sebab kencing manis sementara dan sekunder ialah sindrom Cushing, glukokortikoid, progestin atau penggunaan steroid lain, dan hormon kebuntingan atau kitaran puncak. Dalam kes ini, pembetulan isu perubatan primer mungkin bererti kekembalian kepada status tidak berkencing manis.[93][95][96] Tanda biasa termasuk penurunan berat, peningkatan peminuman dan kencing, dan katarak. Rawatan melibatkan dos insulin dua kali sehari (terapi penggantian)[97] dan penggunaan pemakanan berserat dan berkarbohidrat kompleks tinggi.[98] Ubat kencing manis mulut tidak boleh digunakan untuk anjing kerana tiada yang boleh membaiki atau mengatasi kerosakan kekal terhadap sel beta pankreas.[90][99][100][101]
  • Penyakit tiroid, termasuk:
    • Hipertiroidisme* adalah jarang pada anjing. Sebab paling biasa ialah karsinoma tiroid, tumor malignan. Tanda termasuk penurunan berat, peningkatan selera, dan pembesaran kelenjar tiroid.[102]
    • Hipotiroidisme ialah penyakit endokrin paling biasa pada anjing. Penyakit ini disebabkan oleh pemusnahan autoimun (radang tiroid limfosit) atau atropi idiopati kelenjar tiroid.[103] Kedua-dua sebab ini bertanggungjawab atas 95% kes hipotiroidisme pada anjing.[104] Tanda termasuk penurunan selera, peningkatan berat, keguguran bulu, kulit/bulu kering, kulit sejuk sekiranya disentuh, jangkitan kulit berulang-ulang, dan ketidakbermayaan. Anjing mungkin juga mencari tempat hangat untuk ia baring di situ. Gejala hipotiroidisme berkongsi dengan banyak keadaan perubatan lain; penyakit ini mungkin bukan fikiran pertama apabila diagnosis dibuat.[105] Gejala mungkin tidak muncul selepas 75% atau lebih kelenjar tidak berfungsi. Dalam kurang daripada 10% kes hipotiroidisme, masalah ini bukan dengan kelenjar tiroid sendiri, tetapi dengan kelenjar pituitari di dalam otak. Kelenjar pituitari menghasilkan hormon perangsang tiroid (TSH);[106] tanpa hormon ini untuk memberikan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroidnya, kelenjar tiroid kekal tidak aktif.[104] Rawatan adalah dengan penambahan hormon tiroid mulut.[107][108] Kekurangan iodin yang cukup dalam pemakanan boleh menghasilkan sebentuk hipotiroidisme; tanpa jumlah betul, kelenjar tiroi gagal menghasilkan hormon tiroid dengan cukup.[104] Koma miksedema ialah aspek penyakit ini yang jarang tetapi serius sehingga merupakan kecemasan perubatan.[109]
  • Penyakit Addison, juga dikenali sebagai hipoadrenokortisisme,[110] ialah pengurangan penghasilan glukokortikoid dan mineralokortikoid oleh kelenjar adrenal. Ada lebih kebiasaan dengan glukokortkoid, seperti kortisol; mineralkortikoid mengawal jumlah potasium, garam dan air di dalam badan.[111][112][113] Penyakit ini paling biasa disebabkan oleh pemusnahan tisu adrenal, mungkin oleh penyakit autoimun. Tanda termasuk peningkatan peminuman dan kencing, pemuntahan, cirit-birit, keruntuhan, penggeletaran dan penurunan berat; kadang-kadang sebab atau gejala tidak terutamanya spesifik.[114][115] Oleh sebab ini, kadang-kadang keadaan ini dirujuk sebagai "Mimik Besar" atau "Pengajuk Besar".[112][116] Mana-mana gejala penyakit mungkin tidak terlihat sehingga korteks adrenal 90% tidak berfungsi.[117] Penyakit Addison boleh berlaku apabila penggunaan steroid terhenti dengan mendadak; semasa penggunaannya, sistem kelenjar adrenal tidak berfungsi pada 100%. Sistem ini mengesan tahap cukup hormon ini di dalam badan dan tidak memberikan isyarat untuk penghasilannya. Penirusan perubatan secara beransur-ansur membolehkannya untuk pulang kepada penghasilan penuh selepas penghentian.[115][117] Kira-kira 35% pesakit penyakit Addison anjing tidak didiagnos sehingga mengalami krisis Addison, yang muncul dengan keluar merupakan kejutan "klasik" dan merupakan kecemasan perubatan.[109][117] Hiperkalemia[111] boleh berkembang dan menyebabkan bradikardia parah. Hanya pesakit penyakit Addison tipikal mempunyai risiko krisis Addison kerana kekurangan mineralokortikoid.[115] Rawatan adalah dengan penambahan mineralokortikoid di dalam pil harian atau suntikan bulanan. Bentuk atipikal dan bentuk disebabkan oleh sarak steroid mendadak tidak memerlukan mineralokortikoid.[115] Glukokortikoid biasanya ditambah dengan prednison mulut.[118][119]
  • Sindrom Cushing, juga dikenali sebagai hiperadrenokortisisme, ialah keadaan bercirikan peningkatan glukokortikoid dirembeskan oleh kelenjar adrenal. Kira-kira 85 peratus kes disebabkan oleh tumor di dalam kelenjar pituitari, sementara 15 peratus disebabkan oleh tumor adrenal. Kelenjar pituitari menghasilkan hormon yang memberikan isyarat kepada kelenjar asrenal untuk menghasilkan kortisol; tumor boleh menyebabkannya menghasilkan hormon perangsang adrenal sungguhpun apabila tidak diperlukan.[120][121] Tanda termasuk pengingkatan selera, peningkatan peminuman dan kencing, penampilan perut buncit, kelemahan otot, dan ketidakbermayaan.[120] Penyakit Cushing boleh disebabkan oleh penggunaan berlebihan ubat steroid; dalam sesetengah kes, penghentian ubat adalah cukup untuk menyelesaikan masalah.[120] Diagnosis boleh menjadi susah kerana tiada ujian dengan kepekaan dan kekhususan tinggi.[122] Rawatan termasuk mitotana, trilostana,[123][124] ketokonazola, atau selegilina.[125][126] Pembedahan digunakan dalam sesetengah kes tumor adrenal.[127]
  • Diabetes insipidus* pada anjing dan kucing boleh bersifat pusat, disebabkan oleh kekurangan hormon antidiuresis (ADH), atau nefrogen, disebabkan oleh kekurangan gerak balas ginjal terhadap ADH. Kedua-dua bentuk adalah tidak biasa. Diabetes insipidus pusat (CDI) biasanya bersifat idiopati, tetapi boleh juga disebabkan oleh trauma kepala[128] atau tumor otak. Diabetes insipidus nefrogen (NDI) boleh bersifat primer (keturunan) atau sekunder (disebabkan oleh keragaman penyakit metabolisme[129] dan ginjal, termasuk sindrom Cushing dan piometra). Kerana penyakit ini bercirikan ketidakbolehan untuk memekatkan air kencing, tanda paling biasa ialah peningkatan peminuman dan kencing.[130][131] Rawatan CDI adalah untuk menggunakan desmopresin, analog sintetik ADH. Rawatan NDI adalah untuk merawat sebab di bawah, sekiranya ada.[132]
  • Akromegali (juga dikenali sebagai hipersomatotropisme) ialah keadaan hormon disebabkan oleh perembesan berlebihan hormon pertumbuhan somatotropin[133] daripada kelenjar pituitari.[134] Hormon itu bertanggungjawab atas pertumbuhan dari kelahiran hingga zaman dewasa. Biasanya dalam zaman dewasa, lempeng pertumbuhan tulang menutup dan perembesan hormon menjadi perlahan. Kerana lempeng tulang menutup apabila apabila memasuki kematangan, pertumbuhan akromegali yang berterusan tidak berperkadaran normal.[135] Kebanyakan anjing menghidap penyakit ini ialah anjing betina yang tidak dikembiri tetapi keadaan ini boleh muncul dengan penggunaan ubat mengandungi progesteron.[135][136][137][138][139] Pesakit akromegali kerap juga mempunyai kencing manis.[140][141] Ada bentuk akromegali sementara yang boleh menjejaskan anjing betina dalam bahagian diestrus kitaran pembiakan.[129] Keadaan ini dibawa oleh kelenjar buah dada[142] merembeskan lebihan hormon pertumbuhan, yang dicetuskan oleh progesteron daripada ovari. Untuk akromegali tidak sementara, pengembirian diperlukan.[140] Gejala ini boleh termasuk pertumbuhan berlebihan atau pembesaran gusi dengan ruang luas di antara gigi,[135] peningkatan peminuman, peningkatan kencing, penebalan kulit dan lipatan kulit, pembesaran lidah dan cungap berlebihan.[143] Akromegali juga mungkin daripada adenoma somatotrof.[143] Hormon, somatostatin, boleh juga berguna dalam perawatan.[144] Sejak hipotiroidisme tersambung dengan pengeluaran lebihan hormon pertumbuhan, hipotiroidisme boleh disalah anggap sebagai acromegaly.[145]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_penyakit_anjing http://www.uq.edu.au/ccah/index.html?page=43608&pi... http://ic.upei.ca/cidd/disorder/von-willebrands-di... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/musculoskeletal/p... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/nervous%20system%... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bordercolliehealth.com/TNSdatabase.html http://www.chronolab.com/point-of-care/index.php?o... http://www.cliniciansbrief.com/cms/portals/_defaul... http://www.dechra-us.com/files/dechra/Downloads/Ph...